Monday, November 27, 2006
Fakta Andriy Shevchenko
1976:Lahir pada 29 September di Kiev,Ukraine.1986-1994:Mengilap bakatnya melalui sistem akademi di Dynamo Kiev,memecah masuk ke dalam pasukan utama pada musim 1993-1994.1995:25 Mac-Membuat debut Antarabangsa semasa kekalahan4-0 di tangan Croatia di Zagreb.1996:1 Mei -Menjaringkan Gol pertama untuk Ukraine semasa tewas 3-2 di Turki.1997:5 November -Mencipta Hatrik pada Separuh masa pertama ketika Dynamo membenam Barcelona 4-0 dalam saingan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan di Nou Camp.1999:21 April-Kiev melangkah ke perngkat separuh akhir Liga Juara-Juara sebelum tewas kepada Bayern Munich.Shevchenko dan dan rakan segandingannya,Sergei Rebrov menjadi bintang utama pasukan.Julai-Menyertai AC Milan dengan perjanjian bernilai 18 juta pound(RM126 JUTA).dia memenangi lima kejuaraan dosmestik dan dua piala di peringkat senior untuk Kiev.28 Ogos -Membuat debut di Serie A menentang Lecce.2000:Mei -Mengakhiri musim pertama di Itali selaku penjaring terbanyak Serie A dengan 24 gol dari 32 perlawanan.2001:14 November-Ukraine tewas kepada Jerman dalam perlawanan tambahan dan terlepas tempat ke Piala Dunia 2002.2004:Mei-Shevchenko menyempurnakan penalti dalam penentuan sepakan penalti ketika Milan menewaskan Juventus untuk menjuarai Liga Juara-Juara.The Rossoneri juga menjulang kejuaraan liga.Dis-Dinamakan Pemain Terbaik Eropah tahunan .2005:26 Mei-Gagal menjaringkan penalti penting dan Milan tewas kepada Liverpool di perlawanan akhir liga Juara-Juara di Istanbul.4 Sep-Keputusan seri antara Denmark dan Turki menjamin Tempat Ukraine di Piala Dunia 2006.Kapten Shevchenko menjaringkan enam gol sepanjang kempen kelayakan.2006:4 April-Menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Juara-Juara apabila menjarigkan gol ketika menentang Lyon di San Siro -gol ke 52nya dalam kejohanan kelab premier di Eropah.23 Mei -Ketua Eksekutif Chelsea,Peter Kenyon memberikan petunjuk bahawa kelab mempunyai minat yang mendalam terhadap Shevchenko .Dia berkata,"Memang diketahui yang kami mahu membawa masuk pemain yang mempunyai kepelbagaian.Michael Ballack(pemain pertama yang didapatkan Chelsea)memenuhi ciri tersebut,pemain seperti Shevchenko juga menepati ciri-ciri tersebut."26 Mei -AC Milan mengumumkan yang mereka akan berusaha untuk berunding mengenai perpindahan Shevchenko ke Chelsea selepas Striker itu meluahkan hasratnya untuk meninggalkan kelab.30 Mei -AC Milan memberikan kebenaran kepada Striker Itu untuk mengadakan perbincangan dengan Chelsea.31 Mei -Selesai berpindah ke Chelsea,menandatangani kontrak selama 4 tahun dengan bayaran perpindahan sekitar 30 Juta pound.Julai -membantu Ukraine melangkah ke suku akhir Piala Dunia sebelum tewas kepada juara Piala Dunia 2006 Italy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment